Penjawat awam berintegriti mampu jauhi rasuah - KSN

2024-11-28 15

Setiap individu terutama penjawat awam perlu amanah dalam setiap tindakan agar tidak terjebak dalam kancah rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, nilai integriti penting kerana ia tunjang sistem pentadbiran negara yang akan menentukan masa depan rakyat.