Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan yang parti berkenaan disifatkan inklusif kerana ia mempunyai ideologi yang boleh diterima semua pihak.
Menurut Hamzah, disebabkan itu, Bersatu menjadi satu-satunya parti yang mempunyai sayap khas terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Bumiputera, di mana ahlinya boleh memilih ketua mereka sendiri yang setaraf dengan naib presiden parti.
#BeritaSemasa #SinarHarian #Bersatu #PerikatanNasional