Dadah: Pasangan suami isteri, rakan berdepan hukuman mati
Pasangan suami isteri dan rakan mereka berdepan dengan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Slim River pada Jumaat atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 51.9 kilogram (kg) minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tertuduh, Mohammad Amirul Samsudin, 27, dan isteri, Zaharah Farhana Zamri, 26, serta rakan mereka Muhammad Firdaus Nazeri, 25, masing-masing dari Perlis bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697992/berita/semasa/dadah-pasangan-suami-isteri-rakan-berdepan-hukuman-mati
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #mahkamah