Negara EU tingkat kerjasama pertahanan ketenteraan

2024-11-20 7

Kesatuan negara Eropah, EU, bersetuju untuk bekerjasama dalam membangunkan pertahanan peluru berpandu, peperangan elektronik, dan aset ketenteraan lain sebagai usaha memperkukuh kerjasama pertahanan antara kerajaan nasional.

Pegawai tertinggi EU menegaskan bahawa Eropah perlu mengubah cara perbelanjaan pertahanan dilakukan dengan menekankan kerjasama dalam pembangunan dan pembelian senjata.