Penggunaan kod QR bagi urusan imigresen diperluas mulai 2025

2024-11-18 11

Proses perolehan bagi penggunaan kod QR di Tambak Johor akan dimuktamadkan bagi tahun kewangan semasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penggunaan kod QR juga akan dibuat secara berfasa bagi mod pengangkutan selain bas dan motor.