Pihak main isu Anwar iktiraf Israel akan didakwa - Saifuddin

2024-11-17 685

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terus memainkan isu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf Israel.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak berkenaan perlu menghentikan perbuatan sedemikian kerana pendirian Malaysia amat jelas menolak sebarang kekejaman yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.