KPT tidak berkompromi dengan pelajar yang terlibat dengan jenayah

2024-11-16 24

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat dengan perlakuan jenayah.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, KPT akan menyerahkan sepenuhnya kuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan.