Kekejaman zionis: EU kecam serangan Israel hingga 15 paramedik maut di Lubnan

2024-11-16 28

Kesatuan Eropah (EU) mengecam serangan rejim Israel di Baalbek, Lubnan pada Jumaat.

Ketua dasar luarnya, Josep Borrell menerusi hantaran di X berkata, serangan ke atas petugas kesihatan dan kemudahan perubatan adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.