Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta

2024-11-14 84,115

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta

Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis, atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Syarikat minuman dan dua pengarahnya, yang diwakili Shuib atau nama penuh Shahmira Muhamad, 40 tahun, dan Koh Choon Guan, 33 tahun, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.

Mengikut semua pertuduhan, semua OKS didakwa masing-masing enam pertuduhan, gagal membayar cukai itu bagi tempoh bercukai 1 Januari sehingga 1 November 2023, sebagai mana ditetapkan bawah Seksyen 26 (4) akta sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696528/berita/semasa/shuib-pengarah-bubblebee-didakwa-gagal-bayar-cukai-rm16-juta

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #Shuib #Bubblebee