Dalam pada itu, Tun Daim Zainuddin, tokoh ekonomi negara dikenang oleh Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang rendah diri.
Kata Dr Mahathir, Daim bukan sahaja meninggalkan warisan sebagai bekas Menteri Kewangan tetapi juga sebagai mentor bagi generasi usahawan muda Melayu.
Katanya, di sebalik sikapnya yang tidak suka menonjol, daim memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat untuk meneroka dunia perniagaan dan perusahaan.