Wujud dua kelompok agamawan, nak ikut yang mana

2024-11-08 44,429

Polemik berkait RUU Mufti ini menyebabkan wujud dua kelompok agamawan; satu pihak menyokong manakala satu lagi tidak menyokong, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Katanya, ia menyebabkan masyarakat keliru pihak mana yang perlu diikut justeru beliau berharap isu ini tidak dipolemikkan terlalu lama sebaliknya perlu diselesaikan segera.