Kamala Harris beri ucapan pertama selepas tewas kepada Trump

2024-11-06 54

Calon Demokrat dalam Pilihanraya Amerika Syarikat, Kamala Harris menyampaikan ucapan pertamanya selepas tewas kepada calon Republikan, Donald Trump, secara langsung kepada rakyat negara itu di Universiti Howard, Washington D.C.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat mengatakan, meskipun tewas, beliau berjanji untuk terus berjuang demi hak wanita, menentang keganasan senjata api, dan memperjuangkan maruah yang berhak diperoleh setiap rakyat.