Niaga hadapan FBM KLCI dijangka alami dagangan tidak menentu minggu ini

2024-11-04 13

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam sentimen tidak menentu minggu ini menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, penganalisis pasaran berkata mesyuarat FOMC pada 6 hingga 7 November ini dijangka memberikan pengaruh yang stabil di tengah-tengah ketidaktentuan yang didorong pilihan raya berkenaan.