Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan juga Khazanah Nasional Berhad, tanpa pengecualian kepada mana-mana pihak.
Beliau berkata, siasatan harus dijalankan secara adil tanpa mengambil kira pangkat atau jawatan.
Malah katanya, beliau tidak akan masuk campur atau menghalang siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).