Remaja Malaysia dipenjara seumur hidup di UK

2024-11-02 750

Seorang remaja Malaysia dipenjara seumur hidup selepas didapati menyerang dua pelajar dan seorang guru menggunakan tukul besi sebuah sekolah berasrama penuh di UK tahun lalu.

Menurut BBC, suspek dikenali sebagai Thomas Huang, 17 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 12 tahun selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan cubaan membunuh oleh Mahkamah Exeter pada 18 Oktober.