Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menjelaskan tindakan menjual kepentingan dalam FashionValet setelah pelaburan awal sebanyak RM27 juta pada tahun 2018 bagi memacu syarikat itu.
Menerusi kenyataan pada Jumaat, penjualan itu bagi mengalihkan pemilikan kepada pihak baharu yang berupaya memacu syarikat ke arah trajektori pertumbuhan sejajar dengan tempoh pegangan pelaburan yang telah mencapai matlamat.
Dalam masa sama, Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut memberi penjelasan mengenai isu berkenaan.