Pengecualian duti import dan eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) diimport sepenuhnya (CBU) dijangka tidak akan dilanjutkan selepas ia tamat pada akhir tahun depan.
Menurut Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Syahril Hanafiah, ini berdasarkan kepada ketiadaan sebarang berita mengenai pengecualian berkenaan dinyatakan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.