Amerika Syarikat memberi amaran kepada Iran di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa tindakan balas tegas akan diambil jika Iran menyerang Israel atau pegawai Amerika di Asia Barat.
Duta Amerika ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, menyatakan Amerika Syarikat tidak teragak-agak untuk bertindak demi mempertahankan diri.