Hari Statistik Negara dan Jubli Intan 75 tahun DOSM

2024-10-29 34

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) buat julung kalinya akan menyambut Jubli Intan ke-75 sejak penubuhannya pada tahun 1949 untuk meraikan pencapaian gemilang DOSM sebagai peneraju perkhidmatan statistik negara.

Sejak 75 tahun penubuhan, DOSM dipertanggungjawab untuk mengumpul, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi, pembangunan sosial Negara dan kelestarian alam sekitar.