Wujudkan sinergi pacu industri pelancongan

2024-10-28 15

Sebagai negara serantau yang mempunyai banyak persamaan dari segi keindahan alam semula jadi dan kekayaaan adat serta budaya, Malaysia dan Indonesia perlu mewujudkan kerjasama untuk meningkatkan sektor pelancongan di kedua-dua negara.

Dan bagi mencapai matlamat itu, Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia(KRI) Tawau, Aris Heru Utomo menyarankan pemain industri pelancongan kedua-dua negara perlu mencipta peluang kesalinghubungan.