1.42 juta tempat duduk laluan Sabah, Sarawak bulan ini

2024-10-28 15,416

1.42 juta tempat duduk laluan Sabah, Sarawak bulan ini

Sebanyak 1.42 juta tempat duduk disediakan oleh syarikat penerbangan bagi laluan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, Malaysia Airlines (MAB) mengurangkan sebanyak 95,906 tempat duduk bermula Ogos lalu.

Bagaimanapun katanya, syarikat penerbangan Air Asia, Air Asia X dan Batik Air menambah kapasiti sebanyak 139,578 tempat duduk bagi menampung kekurangan berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #kementerianpegangkutan #MOF