Kementerian Pendidikan disaran mewujudkan pelan induk berkait usaha menyelesaikan isu sekolah daif di seluruh negara ini. Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad menegaskan usaha itu perlu dibuat secara objektif.