Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menyelar tindakan rejim Israel menutup akses di utara Gaza sehingga menghalang bantuan kemanusiaan masuk.
Pesuruhjaya Agungnya Philippe Lazzarini menerusi satu hantaran di X berkata, tindakan rejim itu menafi dan memperalat bantuan kemanusiaan sebagai senjata untuk tujuan ketenteraan mencerminkan kemerosotan moral yang amat serius.