Jelajah Jiwa SME kembali lagi dalam siri jelajah terakhir bagi tahun 2024!

2024-10-21 12

Jelajah Jiwa SME kembali lagi dalam siri jelajah terakhir bagi tahun 2024!

Bersama-sama kami memeriahkan #JiwaSME selama 3 hari berturut-turut pada tahun ini. Di sini, usahawan bakal bertemu usahawan untuk berkongsi tip, ilmu dan banyak lagi!

Lonjakkan bisnes anda dengan pelbagai aktiviti seperti:
- Penyedia penyelesaian digital dari Unifi Business, TikTok Shop dan Swipey
- Agensi kerajaan bertanggungjawab membangunkan PMKS dari segi eksport - MATRADE
- Dapatkan ilmu pelaburan bermanfaat daripada Invest Selangor
- Perkongsian ilmu oleh usahawan tempatan seperti Big Onion Caterer, dobiQueen, MSCM Studios dan TTRacing
- “Pentas Jual” sesi pitching perniagaan di pentas kepada pakar modal teroka dan equity crowdfunding dari 1337 Ventures dan juri- juri lain
- Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk anda sertai seperti persembahan daripada selebriti tempatan, booth jualan, sesi cari bakat dan banyak lagi

Inilah masanya untuk luaskan ‘networking’, peroleh transformasi digital dan mendalami selok-belok pemasaran bersama usahawan dan pemimpin industri.

Tarikh: 25-27 Oktober 2024 (Jumaat – Ahad)
Lokasi: Central i-City, Shah Alam
Masa: 11:00 pagi – 5:00 petang

Jumpa anda di sana!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my

#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024

Free Traffic Exchange