Sesi bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid ini membincangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 dan bagaimana majikan, terutamanya majikan kecil, dapat menampung kos tambahan ini. Selain itu, dibincangkan juga mengenai insentif yang diperlukan selepas tempoh penangguhan, serta langkah kerajaan untuk memastikan keadilan panduan gaji dalam pelbagai sektor. Turut dianalisis adalah keberkesanan dasar gaji progresif, cabaran dalam pelaksanaan subsidi RON95 yang disasarkan, serta peruntukan RM8 bilion bagi pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan untuk memastikan impak jangka panjang.