Bantuan kemanusiaan mesti dibenar masuk ke Jabalia - UNRWA

2024-10-20 19

Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menggesa agar pasukan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Jabalia, utara Gaza.

Menurut agensi itu menerusi satu hantaran di X, tanpa berlengah, mereka perlu diberi akses masuk ke kawasan itu bagi menyelamatkan nyawa penduduk awam.