Israel akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Perancis, Emmanuel Macron susulan keputusan beliau untuk tidak membenarkan delegasi Israel menyertai pertunjukan pertahanan Euronaval di Perancis bulan depan.
Menteri Luar Israel, Yisrael Katz menerusi satu hantaran di X berkata beliau telah mengarahkan prosiding undang-undang terhadap Macron.