Permohonan habeas corpus enam wanita warga China ditolak

2024-10-16 25

Permohonan habeas corpus enam wanita warga China supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan di bawah kawalan serta jagaan Komandan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, ditolak.

Hasil penelitian Hakim Datuk Azhar Hamid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi afidavit difailkan kedua-dua pihak mendapati dua isu dikemukakan pemohon tidak berpihak kepada mereka.