108 kanak-kanak GISBH tunjuk kecelaruan kognitif
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, 108 daripada 385 kanak-kanak diselamatkan dalam Ops Global yang dikaitkan dengan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) didapati mengalami masalah kecelaruan kognitif.
Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 30 kanak-kanak mempunyai kecelaruan kognitif teruk manakala 78 lagi menderita komplikasi sama yang sederhana.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/691135/berita/nasional/108-kanak-kanak-gisbh-tunjuk-kecelaruan-kognitif
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #GISBH #nancyshukri #kementerianpembangunanwanitakeluargamasyarakat