Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap Kementerian Belia dan Sukan akan menerima peruntukan mencukupi pada Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan Jumaat ini.
Kata beliau peruntukan itu perlu disalurkan bukan sahaja untuk sukan elit tetapi juga bagi sukan akar umbi.