Belum ada keputusan henti subsidi pendidikan anak orang kaya

2024-10-08 22

Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak golongan kaya.

Ketika sidang media mingguan pada Selasa, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata ia masih di peringkat penelitian kerana ada beberapa prinsip perlu diambil kira.