Daiyan Trisha dah malas bercinta, mahu terus kahwin kalau jumpa lelaki sesuai

2024-10-04 5,364

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha sudah tiada masa untuk 'bermain-main' dalam percintaan apatah lagi menjalinkan hubungan yang tiada arah tujuan.

Kata Daiyan, dia juga enggan bercinta terlalu lama dan mahu terus berkahwin sekiranya bertemu calon sesuai sebagai suami.

Berkongsi tentang lelaki idaman, Daiyan memberitahu dia tertarik dengan lelaki yang menjaga solat serta memiliki pengetahuan agama.