Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, menegaskan bahawa peralihan dasar monetari di negara maju juga memainkan peranan penting dalam aliran modal ke negara membangun. Asas ekonomi Malaysia yang kukuh serta prospek pertumbuhan yang positif telah meningkatkan keyakinan pelabur, sekali gus mengukuhkan nilai ringgit. Sementara itu, kestabilan politik turut menyumbang kepada pengukuhan ringgit berbanding mata wang serantau lain.