Dalam pada itu, sokongan dan penyelerasan dasar di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan kabinetnya memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan mendorong kelancaran projek ekonomi di Johor.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia dapat dilihat menerusi perkembangan dan pelaksanaan pesat Pusat Fasilitasi Invest Malaysia Johor, yang terletak di Zon Kewangan Khas Forest City (FC-SFZ), pusat IMFC pertama di luar Kuala Lumpur dan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi perkhidmatan perundingan dan urusan perniagaan.