Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Malaysia dan Singapura merupakan rakan strategik yang boleh menjadi rakan kongsi kukuh dengan kerjasama berterusan.
Hubungan erat antara kedua-dua negara, katanya, mampu membawa kejayaan lebih besar melalui pendekatan menang-menang.