Pemimpin Tertinggi Vatican, Pope Francis menzahirkan rasa sedih susulan laporan kematian dan kemusnahan yang berlaku di Lubnan.
Menerusi hantaran di platform X beliau pada Rabu, beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa berusaha sedaya upaya menghentikan peningkatan keganasan di negara itu yang disifatkannya sebagai dahsyat.