Mangsa banjir di Kedah terus menunjukkan penurunan kepada 1,880 mangsa daripada 593 keluarga berbanding lebih tiga ribu mangsa yang direkodkan tengahari Rabu. Kesemua mangsa ditempatkan di 18 Pusat Pemindahan Sementara (PSS) yang masih dibuka di tiga daerah terlibat.