Ketua Armada Bersatu Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menyatakan keyakinan terhadap masa depan parti itu, menegaskan bahawa masa diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu di persada politik negara.
Beliau, yang juga Ahli Parlimen Machang, menjelaskan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih dalam fasa pembangunan walaupun sudah lapan tahun ditubuhkan.