UNIFIL gesa usaha diplomatik lindungi orang awam di Lubnan

2024-09-23 5

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menzahirkan kebimbangan serius mengenai kesejahteraan dan keselamatan orang awam di selatan Lebanon.

Menerusi satu hantaran di X pada Isnin, UNIFIL mengulangi seruan teguhnya untuk penyelesaian diplomatik diwujudkan bagi membendung situasi di Lubnan daripada memburuk.