PM sementara Lubnan gesa PBB bersikap tegas ke atas Israel

2024-09-19 39

Perdana Menteri Sementara Lubnan, Najib Mikati, menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya mengambil pendirian tegas terhadap kekejaman berterusan Israel ke atas negara itu.

Dalam satu kenyataan rasmi menerusi laman sesawangnya pada Khamis, gesaan itu termasuk perang teknologi yang mengakibatkan ratusan kematian dan ribuan kecederaan rakyat negara itu.