Mayat penduduk Palestin dicampak dari atap rumah

2024-09-19 46

Mayat penduduk Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Zionis dalam serangan di Qabatiya, berhampiran bandar Jenin, Tebing Barat pada Khamis, dicampak dari atap sebuah rumah.

Menurut agensi berita Palestin, WAFA, sebelum kejadian, rejim Zionis mengepung rumah tersebut sebelum naik ke atap dan menembak tiga pemuda Palestin yang berlindung dari rejim.