Perdagangan bilateral China-Malaysia melonjak

2024-09-13 15

Perdagangan bilateral China dan Malaysia melonjak kepada AS$117.52 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024. Pelaburan langsung bukan kewangan China di Malaysia meningkat secara ketara iaitu AS$1.28 bilion dengan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 28.8 peratus. Perkara itu dikongsikan oleh Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dalam satu Majlis Makan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Republik Rakyat China di Ibu Negara Sabtu Malam.