Microsoft mansuh 650 pekerjaan di jabatan Xbox Gaming

2024-09-13 4

Microsoft mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memansuhkan 650 pekerjaan di unit permainan Xbox.

Langkah itu diambil ketika syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menyasarkan untuk mengatur semula perniagaannya bagi "kejayaan jangka panjang", menurut satu memo yang diterbitkan dalam beberapa laporan berita.