Pas kecam DAP pertahan Teresa Kok dalam isu kenyataan halal

2024-09-09 25

Pas mengecam tindakan DAP yang mempertahankan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkaitan kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terdapat pemimpin Perikatan Nasional yang sebelum ini disiasat mengenai isu 3R (agama, raja, kaum), namun mereka tidak pernah mempertahankan diri secara terbuka.