Malaysia komited memperkukuh kerjasama erat dengan negara luar melalui perkongsian kepakaran dalam aspek keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai negara yang menjunjung prinsip keamanan dan kestabilan, Malaysia komited untuk terus menyumbang kepada inisiatif keselamatan global di pentas antarabangsa.