Malaysia Airlines berkata mereka tidak bersembunyi di sebalik tirai dalam menghadapi cabaran semasa dan syarikat terus mengekalkan komitmen terhadap keselamatan sebagai keutamaan.
Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail, berkata keputusan sukar telah diambil dalam tempoh tiga hingga empat tahun yang lalu bagi menyusun semula organisasi secara menyeluruh.