Kes pencemaran bau yang berlaku di kawasan Sungai Pandan di Johor Bahru, Selasa lalu adalah terkawal dan tidak membabitkan sebarang laporan kes dimasukkan ke hospital. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hingga kini, isu pencemaran bau itu hanya menyumbang kepada gejala seperti kerengsaan, batuk, pening kepala atau loya.