Temu bual bersama Pengerusi Dewan Perdagangan Digital Malaysia (DPDM), Dr. Chris Daniel Wong ini akan mengupas bagaimana MSME Malaysia menghadapi cabaran dan peluang dalam perdagangan global, merangkumi isu-isu seperti impak krisis geopolitik, kesedaran terhadap standard antarabangsa, penggunaan teknologi, peranan kolaborasi dengan syarikat besar, serta perkembangan ekonomi digital. Fokus diberikan kepada strategi dan inisiatif yang dapat memacu pertumbuhan MSME dalam era perdagangan digital yang semakin kompetitif.