Lebih banyak negara dijangka akan mempertikai status ‘negara’ Israel di PBB - Pakar

2024-09-03 33

Pensyarah Pusat Kajian Undang-undang Antarabangsa dan Siyar (CILAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salawati Mat Basir berkata lebih banyak negara dijangka akan mempertikaikan keabsahan Israel sebagai sebuah negara dan anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Jelasnya, ini lanjutan daripada Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyatakan pendudukan negara haram itu dalam wilayah Palestin bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. #AgendaAWANI