Lebih 70 peratus sekolah UNRWA di Gaza musnah - UNRWA

2024-09-02 28

Lebih 70 peratus sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza musnah atau rosak, dan majoriti daripadanya menjadi tempat perlindungan yang sesak BAGI menempatkan ratusan ribu keluarga yang dipindahkan dan tidak boleh digunakan untuk pendidikan.

Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam catatan di X pada Isnin berkata "lebih 600,000 kanak-kanak di sana sangat trauma, hidup dalam runtuhan.